Elak Diserang Ulat, Ini Tips Tanam Bayam Brazil Sihat Merimbun!

Sejak akhir-akhir ni memang makin ramai yang minat nak tanam pokok bayam Brazil dekat rumah kan?

Kalau nak tahu, bayam Brazil ni nama saintifiknya adalah Althernanthera sissoo dan ia merupakan spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan.

Selain sedap dimakan, ramai rakyat Malaysia yang berminat nak tanam bayam Brazil ni sebab ia mudah hidup dan pembiakannya melalui keratan batang.

Bayam Brazil ni juga cepat membesar. Daunnya boleh dimakan sebagai ulam / salad atau boleh juga dimasak.

Secara purata tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Foto Kredit: https://tropicalselfsufficiency.com/

KELEBIHAN & KHASIAT BAYAM BRAZIL

Selain rasanya yang sedap, ada banyak khasiat bayam Brazil tau!

Menurut Majalah Sains, antara khasiat bayam Brazil antaranya termasuklah:

  • melawan kanser
  • mengekalkan kesihatan mata dan menguatkan tulang
  • menurunkan berat badan.
  • meningkatkan sistem imunisasi badan,
  • membantu sistem penghadaman,
  • mengelakkan daripada sembelit,
  • membantu melancarkan darah,
  • mencegah anemia,
  • mengatasi masalah gusi,
  • nutrisi yang baik untuk pembesaran,
  • mengekalkan stamina,
  • mengekalkan kesihatan mulut
  • mengikat kalsium.
  • mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda
  • mengekalkan kesihatan ibu mengandung

TIPS TANAM BAYAM BRAZIL SUPAYA TAK DISERANG ULAT

Tapi perasan tak, salah satu masalah bila kita tanam bayam Brazil ini adalah serangan ulat perosak yang menjadikan daunnya berlubang-lubang.

Jadi dalam artikel ini, kami ingin kongsikan juga salah satu petua oleh Puan Siti Samsiah yang berjaya mengatasi masalah ini dengan menggunakan bunga cengkih.

Caranya:

  1. Ambil satu sudu teh bunga cengkih.
  2. Rebus sampai mendidih dengan 1 liter air.
  3. Tutup api dan sejukkan.
  4. Bila dah sejuk, tapis dan spray pada pokok yang diserang ulat.
  5. Spray 2-3 hari sekali.

Menurut beliau, daun yang rosak hancur dimakan ulat tidak dibuang. Ia hanya di spray saja.

Nampaknya lepas mempraktikkan petua ini, daun-daun dan pucuk baru dah cantik dan merimbun. Masalah pun selesai!

Memang mudah dan selamat sebab tak perlu pakai penyembur bahan kimia kan?

Kalau yang tak tahu rupa bunga cengkih tu macam mana, ini gambarnya.

Biasanya boleh dicari dekat bahagian rak rempah di pasaraya. Kalau dalam Bahasa Inggeris ia disebut cloves.

Jadi kalau ada yang mengalami masalah bayam Brazil yang diserang ulat, bolehlah cuba tips ini ya.